Pengenalan :

Gelugor Tuition Centre (GTC) telah diasaskan pada tahun 1990 dan mendapat lesen untuk beroperasi pada tahun 1991. GTC kini berusia 20 tahun dan merupakan sebuah institusi pendidikan yang berdaftar denganKementerian Pelajaran Malaysia.

Gelugor Tuition Centre ditubuhkan untuk mencapai objektif-objektif berikut :

  1. Membantu pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di Pulau Pinang.
  2. Mewujudkan sebauh institusi pendidikan yang berkualiti dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
  3. Meningkatkan dan membaiki  tahap pencapaian pelajar-pelajar dalam bidang akademik di Pulau Pinang.
  4. Membantu membina modal insan untuk Malaysia.
Latar Belakang Cikgu Tajudin ( Pengetua GTC ).
Pengetua GTC ialah Encik Mohammed Tajudin Bin Abdul Muthalif. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Penang Free dan kemudian mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan Kepujian  dari Universiti Sains Malaysia (USM).
Pada tahun 1993 beliau mendapat Ijazah Sarjana (Sosiologi dan Antropologi) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga penulis buku sekolah menengah dan rendah untuk beberapa syarikat penerbitan di Malaysia.
Oleh kerana jasa beliau kepada masyarakat di Pulau Pinang, pada tahun 2010 kerajaan negeri telah mengurniakan Darjah Johan Negeri  (DJN) kepada Encik Mohammed Tajudin.

Tenaga Pendidik,Infrastruktur dan Yuran Tuisyen.
  1. Sebagai sebuah institusi yang berusia 20 tahun,GTC mempunyai 30 tenaga pendidik yang berkebolehan dan berkelulusan tinggi.
  2. Di samping ramai guru yang berkebolehan,terdapat 3 orang orang kakitangan di pejabat pengurusan.
  3. Kami mempunyai infrastruktur yang berikut :
a) 6 bilik darjah berhawa dingin
b) menyewa 2 tingkat di Bangunan Kelab Gelugor
c) sebauh surau
d) sudut sumber ilmu pengetahuan

4. Yuran Tuisyen :
a) Darjah 4 hingga 6 (UPSR) : RM 140 ( pakej 4 subjek )
b) Tingkatan 1 : RM 140 ( pakej 4 subjek )
c) Tingkatan 2 : RM 140 ( pakej 4 subjek )
d) Tingkatan 3 (PMR)  : RM 40 untuk satu sebjek
e) Tingkatan 4 dan 5 untuk satu subjek RM 50
f) Tingkatan 6 - RM60 setiap subjek
Yuran Pendaftaran setiap pelajar : RM 20

5. Subjek-subjek di GTC:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sains
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Sejarah
  • Perdagangan
  • Perakaunan
  • Kesusasteraan Melayu
  • Pengajian AM
  • Pengajian Perniagaan
  • Ekonomi
  • Matematik 'S'